Pengarah Strategi PKR Selangor Saifuddin Shafi Muhammad berkata media kini dipenuhi retorik menggambarkan seolah-olah parti sedang berpecah dan menuju kehancuran.
00:00Calon Majlis Pimpinan Pusat menegur tindakan Rafizi Ramli menggunakan isu keputusannya tidak merasmikan Kongres Pemuda dan Wanita PKR di pentas kempen pemilihan parti.
00:12Pengarah Strategi PKR Selangor Saifuddin Syafi Muhammad berkata, sesulang tindakan itu, media kini dipenuhi retorik yang menggambarkan seolah-olah parti sedang berpecah belah dan menuju kehancuran.
00:24Sedangkan hakikatnya tidak begitu, katanya dalam kenyataan, sambil menasihatkan Rafizi fokus kepada kempen tawaran bukan retorik mengelirukan.
00:33Terdahulu Rafizi dilapor menghantar surat kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim, memaklumkan keputusannya tidak menerima undangan bagi merasmikan mesyuarat dua sayap parti itu.
00:43Mengulas lanjut, Saifuddin berkata perbezaan pendapat dalam kalangan ahli adalah perkara biasa, namun mengherik seluruh parti ke arah kejatuhan adalah sesuatu yang luar biasa dan tidak berasas.
00:57Kongres Pemuda dan Wanita PKR akan diadakan pada 22 Mei dengan majlis perasmian dijadwalkan pada malam sebelumnya.
01:05Pemilihan pucuk pimpinan parti dijadwalkan pada 23 Mei disusuli pembukaan Kongres Nasional PKR pada 24 Mei.