Puad Zarkashi mahu Rafizi Ramli menjelaskan sebab beliau bercuti panjang selepas menteri ekonomi itu tidak hadir sidang khas Parlimen berkaitan tarif AS.
00:00Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Puan Zarkashi, membidas timbalan Presiden PKR Rafizi Rambli tidak menghadiri sidang khas Parlimen berhubung isu tarif AS semalam tetapi menyertai mesyuarat parti sehari sebelumnya.
00:17Adun Rengit itu menggesa Rafizi yang juga Menteri Ekonomi menjelaskan sebab beliau mengambil cuti panjang daripada tugas menterinya.
00:25Katanya jika benar ia ada kaitan dengan isu pemilihan PKR maka cutinya itu tidak bertanggungjawab.
00:33Puan menambah jika Rafizi mahu memprotes parti, beliau seharusnya meletak jawatan timbalan Presiden dan bukan membiarkan sebuah kementerian penting tanpa ketua.
00:43Jumat lalu Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang juga Presiden PKR berkata tindakan Rafizi mengambil cuti panjang tidak perlu dijadikan isu kerana beliau hanya memohon cuti beberapa hari bukannya sehingga hujung bulan seperti dilaporkan media.