00:00Selangor sedang meneliti secara menyeluruh cadangan untuk mengharamkan penjualan rokok elektronik atau VAP di negeri ini,
00:08sesulahan soranan yang dikemukakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara Ayub Khan Maiden P.C. baru-baru ini.
00:15Beliau menyarankan agar kerajaan negeri mengenakan larangan tertentu berkenaan penjualan rokok elektronik
00:20kerana kes penyalahgunaan dadah sintetik menggunakan rokok elektronik semakin membimbangkan.
00:26Exko Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor, Jamalia Jamaludin berkata satu mesyuarat bersepadu akan diadakan dalam masa terdekat
00:35melibatkan semua agensi berkepentingan dari negeri dan pusat.
00:40Terengganu menjadi negeri pertama melarang penjualan produk VAP di semua permis perniagaan dalam kawasan pihak berkuasa tempatan di seluruh negeri itu, mulai 1 Ogos.
00:49Mengulas lanjut, Jamalia berkata pada masa ini lesen perniagaan yang dikeluarkan oleh PBT di Selangor adalah khusus untuk peralatan elektronik
00:58dan tidak merangkumi penjualan rokok elektronik atau cecai VAP.
01:03Tegasnya kerajaan negeri komited untuk memastikan setiap dasar yang dibuat mengutamakan kesihatan awam
01:09serta kesejahteraan rakyat Selangor secara keseluruhan.