00:00Kementerian Pendidikan memohon maaf atas kesilapan pemaparan Jalur Gemilang dalam laporan analisis keputusan peperiksaan sijil pelajaran Malaysia yang diedarkan hari ini.
00:12Dalam kenyataan KPM berkata kecualian itu tidak boleh diterima kerana Jalur Gemilang adalah lambang kebesaran dan kedalautan negara.
00:20Katanya tindakan tegas dan serta-merta telah diambil ke atas semua yang terlibat dan siasatan terperinci juga sedang dilaksanakan.
00:28Jelasnya laporan analisis yang dicetak telah diminta untuk dikembalikan semula dan pembetulan segera sedang dilakukan.
00:35Laporan itu mengandungi imej pelajar di dalam bilik darjah berserta Jalur Gemilang dengan dua bintang dan bukannya satu tergantung di dinding.
00:43Bendera itu juga hanya mempunyai lapan Jalur Merah dan Putih berselang seli dan bukannya empat belas.
00:49Minggu lalu, Sinsiu Daily menimbulkan kontroversi kerana menerbitkan ilustrasi grafik yang memaparkan Jalur Gemilang tanpa anak bulan
00:57membawa kepada siasatan polis dan penahanan dua editor tertinggi.