00:00Bekas Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi seorang negarawan yang mengabdikan dirinya untuk agama, bangsa dan tanah air, menurut Ismail Sabri Yaakob.
00:13Ismail yang juga bekas Perdana Menteri berkata, negara berduka atas pemergian Abdullah yang mesra dikenali sebagai paklah.
00:22Ismail turut berkongsi bahawa beliau banyak terhutang budi pada Abdullah yang memberi kepercayaan kepadanya untuk bertanding sebagai Ahli Parlimen Bera pada 2004 dan mengangkatnya sebagai Menteri Belia dan Sukan pada 2008.
00:40Katanya Abdullah umpama sosok seorang bapa memimpin dan membimbing beliau dalam politik dan pentadbiran kerajaan sehingga mencapai kekemuncaknya.
00:50Ismail mengangkutai Jemaah Menteri ketiga bahawa pentadbiran Abdullah memegang portfolio Belia dan Sukan dari Mac 2008 hingga April 2009.
01:02Sementara itu seorang lagi mantan Perdana Menteri Najib Razak menyifatkan Abdullah sebagai seorang sahabat dan mentor dan mengenang beliau sebagai tokoh pembimbing yang nasihat dan kepimpinannya sangat mempengaruhi perjalanan hidup beliau.