00:00Ketua Menteri Sabah Haji J Nur dan Kerajaan Sabah tidak pernah campur tangan dalam siasatan Suruhanjaya Penjagaan Rasuah Malaysia
00:09berhubung skandal perlombongan yang didakwa berlaku di negeri itu.
00:13Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata agensi itu telah merekodkan kenyataan Haji J sebanyak dua kali.
00:20Beliau berkata satu-satunya individu yang belum disoal siasat ialah individu yang terlibat dalam rakaman klip video kes berkenaan.
00:27Azam turut berkata pasukan forensik SPRM masih menganalisi 10 video baru yang dikaitkan dengan skandal itu untuk menentukan sama ada ia telah disunting atau diubah.
00:39Pada Februari lalu, Azam berkata kumpulan video awal berkenaan skandal itu tidak mempunyai kredibiliti kerana telah disunting.
00:47Dalam perkembangan berasingan, Azam berkata beliau akan menerima apa sahaja keputusan kerajaan berhubung kontraknya yang akan tamat bulan depan.
00:55Perdana Menteri Anwar Ibrahim baru-baru ini menafikan laporan Bloomberg yang mengatakan beliau dijangka meluluskan lanjutan tempoh pengkhidmatan Azam dan tiada keputusan dibuat setakat ini.