Penganalisis berpendapat calon berlatar belakang agama mewakili Perikatan Nasional (PN) mampu memberi saingan sengit kepada Barisan Nasional (BN) untuk meraih hampir 60% pengundi Melayu pada PRK DUN Ayer Kuning, 26 April depan.
00:00Penganalisis berpendapat calon berlatar belakang agama mewakili Perikatan Nasional mampu memberi saingan sengit kepada Barisan Nasional untuk meraih hampir 60% pengundi Melayu pada PRK Don Air Kuning 26 April depan.
00:15Fellow Majlis Profesor Negara Azmi Hassan berkata Pakatan Harapan sekutu BN dalam kerajaan perpaduan perlu berusaha keras meyakinkan pengundi tegarnya, komuniti China dan India untuk mengundi calon dari UMNO.
00:30Strategi pembangkang mempertaruhkan pengurusi PN TAPAH Abdul Mohaimin Malik yang juga pengetua Ma'ad Tafiz Adin Air Kuning mungkin isyarat mereka tidak mengharapkan 40% pengundi China dan India.
00:43Sementara itu Lao Zui dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berpandangan pemilihan kedua-dua calon belatarkan agama sebagai strategi untuk meredakan sebarang pertembungan sentimen agama dalam kempen pilihan raya.
00:56Azmi dan Lao juga senada bahawa PRK ini bukan sahaja berkisar kepada siapa pemenangnya tetapi pihak mana mendapat sokongan padu dari pengundi Melayu.
01:07Azmi menambah kemenangan moral dalam bentuk sokongan Melayu akan beri isyarat besar kepada akar umbi dan penyokong parti bahawa mereka masih ada kekuatan di lapangan.