SOALAN SANTAI BERSAMA LIZA HANIM
  • 26 hari lalu
SOALAN SANTAI BERSAMA LIZA HANIM

MESKIPUN pertemuan SinarPlus bersama penyanyi tersohor tanah air, Liza Hanim berlangsung kurang 45 minit, namun sembilan soalan cepumas berjaya dilontarkan kepada pemilik suara lunak berkenaan.

Boleh dikatakan masih belum move on dengan kejayaan konsert pertama, Liza Hanim 27 Years Journey In Concert yang berlangsung dengan penuh gamat dihadiri lebih 1,300 penonton.

Liza Hanim akui itulah momen paling terindah sepanjang bergelar sebagai anak seni.

Tidak kurang juga, jawapan spontan Liza Hanim jika dipeluk oleh orang yang tak kenali secara tiba-tiba. Boleh kena siku dibuatnya!

Ketahui jua rahsia healing dan petua suara merdu yang dipraktikkan ibu anak lima itu.

Bayangkan diberi pilihan sama ada mahu travel satu dunia secara percuma atau diberi wang tunai bernilai RM1 juta, mana satu pilihan Liza Hanim?

Ketahui semua jawapan padat dan bernas yang dikongsikan pelantun single terbaharu yang juga runut bunyi untuk siri drama, Takdir Itu Milik Aku menerusi video yang dikongsikan ini.

#coversinarplus #lizahanim #isusemasa #selebriti #penyanyi #usahawan #fyp #fypシ゚viral #fypシ #SinarPlus #lifestylesinarharian

Personaliti: LIZA HANIM (@lizahanim79)
Teks/ video: ARZIANA MOHMAD AZAMAN (@arziana_azaman)
Editor: ZAITON ABDUL MANAF (@honeza)
Grafik/Reka letak: ASFALILI KASIM (@exfalily) & HAZEMI NAZAHAR