SEBUT sahaja nama figura seni Datuk Seri Siti Nurhaliza, semua orang kenal baik anak-anak kecil sehingga orang tua
  • 4 bulan lalu
Datuk Seri Siti Nurhaliza jawab soalan cepu emas

SEBUT sahaja nama figura seni Datuk Seri Siti Nurhaliza, semua orang kenal baik anak-anak kecil sehingga orang tua.

Selain memiliki wajah cantik manis, isteri kesayangan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa itu juga dikurniakan bakat nyanyian yang cukup hebat. Beliau juga handal dalam dunia perniagaan.

Justeru, tidak hairanlah apabila ibu kepada sepasang cahaya mata itu diberi jolokan penyanyi nombor satu Negara.

Bahkan, gelaran tersebut sehingga kini tetap kekal biarpun empunya diri enggan diiktiraf sedemikian.

Kesempatan bersua muka bersama figura yang tersenarai dalam The Muslim 500: The World‘s 500 Most Influential Muslims itu baru-baru ini membolehkan penulis bertanyakan beberapa persoalan. Antaranya, pandangan mengenai definisi bahagia kepada dirinya.

Beliau juga antara selebriti yang tampil membicarakan isu Palestin rupa-rupanya pernah ke sana sebelum ini. Dengarkan apa kata beliau mengenai Bumi Anbia tersebut.

Ketahui juga amalan cantik dan sihat yang beliau praktikkan setiap hari. Semua jawapan tersebut tersedia menerusi video ini.
Selamat menonton!

Personaliti: DATUK SERI SITI NURHALIZA (@ctdk)
Teks/video: ZAITON ABDUL MANAF (@honeza)
Suntingan Video: ZAITON ABDUL MANAF
Editor/Penyunting: MAZLINA ABDUL MAJID (@mellynn.16)
Disyorkan