KEMUNCULAN MUA Bellaz dalam dunia persolekan menjadi viral berikutan kepetahannya ketika mengadakan sesi tutorial mekap secara live
  • 2 bulan lalu
KEMUNCULAN MUA Bellaz dalam dunia persolekan menjadi viral berikutan kepetahannya ketika mengadakan sesi tutorial mekap secara live menerusi media sosial miliknya. Sehingga kini, beliau berjaya meraih 2.4 milion pengikut di Instagram.

Pada masa sama, usahawan kosmetik itu juga bertuah dikurniakan empat cahaya mata yang cantik manis dan comel-comel belaka.

Paling mencuri tumpuan adalah kelibat beliau beraksi di hadapsn kamera bersama anak bongsunya, Nur Aisywara Nealofa atau mesra disapa Wara.

Digelar anak online, kepetahan dan kebijaksanaan Wara yang baharu setahun lebih usianya benar-benar membuatkan ramai kagum.

Terbaharu dua beranak itu dipilih sebagai penghias muka depan SinarPlus.

Penulis sempat bertanyakan soalan panas kepada isteri kesayangan Anuar Muhammad tentang isu kecurangan, apabila hati pasangan beralih arah selepas mengecap kejayaan bersama.

Dengarkan apa kata beliau mengenai isu tersebut.

Jangan lupa untuk ikuti kisah anak hati Kedah itu menerusi sisipan SinarPlus dalam akhbar Sinar Ahad, 3 Mac 2024.

#muabellaz #wara #anakonline #usahawan #selebriti #anak #SinarPlus #lifestylesinarharian

Personaliti: NUR NABILAH ZULYADAINI (@muabellaz)
Teks/ video: ZAITON ABDUL MANAF ( @honeza)
Foto: ASRIL ASWANDI SHUKOR (@asrilaswandi)
Grafik/Reka letak: ASFALILI KASIM (@exfalily) & HAZEMI NAZAHAR
Lokasi: STUDIO A, SINAR KARANGKRAF, SHAH ALAM, SELANGOR
Disyorkan