Lebih 2,000 mangsa terjejas di Pahang dan Johor

  • 4 bulan lalu
Jumlah keseluruhan mangsa banjir di dua negeri iaitu di Johor dan Pahang direkodkan seramai 2,262 orang.

Menurut portal info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat jam 5 petang Sabtu, Johor terus catat angka tertinggi dengan 1,546 mangsa daripada 456 keluarga.