Banjir Johor: Mangsa banjir cecah 6,000 mangsa, 7 daerah terjejas

  • 2 tahun lalu
Mangsa banjir di Johor meningkat mendadak kepada 5,818 mangsa membabitkan 1,540 keluarga dengan 56 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di tujuh daerah, setakat jam 7.30 pagi tadi.

Ia berbanding hanya seramai 1,780 mangsa daripada 500 keluarga dengan 28 PPS dibuka di lima daerah, malam tadi.