Jumlah mangsa banjir terjejas di Johor masih tinggi

  • tahun lalu
Angka mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara akibat banjir di seluruh negara kekal pada jumlah lebih 40,000 melibatkan 175 PPS setakat 11.30 malam Sabtu.

Menurut portal info bencana JKM, Johor menunjukkan angka tertinggi iaitu 39,743 mangsa, turun sedikit berbanding seramai 40,758 mangsa setakat pukul 5 petang.