Air Pasang | Lebih 370 mangsa terjejas, tiada kemalangan jiwa

  • tahun lalu
Umpama dibadai Tsunami.

Kira-kira 100 buah rumah atas air di Kampung Forest, Sandakan, musnah selepas dipukul ombak ekoran fenomena air pasang besar, pada Sabtu, malam.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata ia melibatkan 370 mangsa dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian pada jam 10 malam itu.