Banjir: Ibu tunggal syukur keluarga selamat

  • 4 bulan lalu
BERITA SEMASA 5 JANUARI 2024

Seorang ibu tunggal, Norashikin Nor Azman, 30, yang menderita pelbagai penyakit merupakan antara mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS), Dewan Muafakat Cahaya Baru, di Johor Bahru bersyukur kerana keluarganya tidak mengalami sebarang kecederaan dan berjaya berpindah ke PPS berkenaan setelah rumah bapanya dinaiki air banjir pada Khamis, Laporan Wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.

Menurut ibu kepada dua anak itu, biarpun terpaksa menggunakan tongkat untuk bergerak, namun dia gembira kerana ibu bapa serta dua anaknya selamat dan dipindahkan bersama-sama ke PPS berkenaan.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PPS #banjir #mangsabanjir