Ibu tunggal, rakan tomboy dera kanak-kanak lelaki tukar pengakuan bersalah
  • 7 bulan lalu
Ibu tunggal, rakan tomboy dera kanak-kanak lelaki tukar pengakuan bersalah

BERITA MOJO 27 SEPTEMBER 2023

Seorang ibu tunggal bersama teman serumahnya yang berperwatakan seperti lelaki (tomboy), menukar pengakuan kepada bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Rabu, atas dua pertuduhan menganiaya dan mengabaikan anak kandungnya yang berusia tujuh tahun di sebuah rumah di Bandar Layangkasa, Pasir Gudang, di sini, 12 Ogos lalu, Lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.

Mereka membuat pengakuan berkenaan di hadapan hakim, VM Mabel Sheela setelah pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.Bagi pertuduhan pertama, kedua-dua tertuduh didakwa mencapai niat bersama menganiaya seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun di bawah pemeliharaan mereka sehingga menyebabkan mangsa menghadapi kecederaan fizikal.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa mencapai niat bersama mengabaikan kanak-kanak yang juga anak kedua ibu tunggal terbabit ketika mangsa di bawah pemeliharaan mereka.Mahkamah kemudiannya menetapkan 10 Oktober depan untuk fakta dan hukuman.

Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/281207/berita/semasa/ibu-tunggal-rakan-tomboi-tukar-pengakuan-bersalah-aniaya-abai-anak

Muzik: Elevate dari bensound.com

#BeritaMojo #SinarHarian #BeritaSemasa