PEMILIK nama Farah Nadeera Zaini mungkin belum cukup dikenali dalam industri muzik tanah air walaupun sudah lama bergelar penyanyi
  • 4 bulan lalu
Nadeera jawab soalan cepu emas

PEMILIK nama Farah Nadeera Zaini mungkin belum cukup dikenali dalam industri muzik tanah air walaupun sudah lama bergelar penyanyi.

Pun demikian, segalanya berubah apabila anak kelahiran Mersing, Johor itu dinobatkan sebagai juara program realiti Big Stage musim kelima.

Bakat melalui suara yang memukau kemudiannya mula mendapat pengiktirafan daripada masyarakat.

Kesempatan bersua muka dengan penyanyi berbakat besar tersebut, penulis bertanyakan beberapa soalan.

Antaranya, apakah beliau memang bercita-cita untuk menjadi penyanyi sejak kecil, lagu lama atau nostalgia yang ingin beliau beri nafas baharu dan karakter dirinya.

Ketahui juga doa dan harapan Nadeera untuk saudara kita di Palestin. Semua jawapan tersebut tersedia menerusi video ini. Selamat menonton!

Personaliti: NADEERA (@official_nadeera)
Wartawan/Teks: NURUL SHAHAMAH ABDUL RAZAK (@shahamahrazak)
Editor/Penyunting: MAZLINA ABDUL MAJID (@mellynn.16)
Foto: RAFEQ REDZUAN (@rafeqredzuan)
Solekan: RAZZI MUSA
Dandanan rambut: HAMIDI JAMILI
Perunding gaya: SHAHNIZAM (@shahnizamhamid)
Grafik/Reka letak: ASFALILI KASIM (@exfalily) & HAZEMI NAZAHAR
Disyorkan