Kenyang makan nasi bajet RM3.50
  • tahun lalu
Kenyang makan nasi bajet RM3.50

BERITA SEMASA 19 FEBRUARI 2023

Perniagaan nasi berlauk serendah RM3.50 bagi setiap menu yang ditawarkan di sebuah gerai di Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu semakin mendapat sambutan, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.

Gerai Nasi Bajet Aachik yang beroperasi berhampiran pasar raya Mydin itu semakin dikenali sehingga ada yang berkongsi rasa puas hati di media sosial terhadap kuantiti dan kualiti setiap menu yang dijual di gerai tersebut.

Hasriah Athirah Mat Ariffin berkata, gerai miliknya dan suami, Nik Syamsudin Said mula beroperasi sejak 31 Oktober tahun lalu dan kini mempunyai seramai dua pekerja.

Artikel berkaitan: https://bit.ly/3K9w7uT

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa