Notis Kesiapsiagaan | Kemungkinan banjir di tujuh negeri

  • tahun lalu
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat melibatkan beberapa kawasan di Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Selangor dan Sarawak.

JPS memaklumkan berdasarkan makluman ramalan hujan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System dan model ramalan banjir, terdapat risiko banjir kilat di beberapa lokasi di negeri berkenaan sekiranya hujan lebat atau ribut petir yang signifikan berlaku.

Disyorkan