Hujan Lebat | JPS keluar notis kemungkinan banjir di enam negeri
  • tahun lalu
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat di beberapa kawasan di Johor, Perak, Kedah, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan.

J-P-S menerusi kenyataan memaklumkan berdasarkan makluman ramalan hujan Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia), Sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System (Saoffgs) dan model ramalan banjir JPS, terdapat risiko banjir kilat di beberapa lokasi di negeri terbabit jika berlaku hujan lebat atau ribut petir yang signifikan.