JPS | Notis siap siaga kemungkinan banjir di Pantai Timur

  • 2 tahun lalu
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir di Terengganu dan Pahang sekiranya hujan yang signifikan terus berlaku di Lembangan Sungai Besut dan Sungai Rompin.

Ia berdasarkan hasil simulasi model ramalan banjir JPS susulan amaran hujan berterusan (buruk) oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada jam 2.10 petang Khamis.