Tujuh notis dikeluarkan kepada peniaga naikkan harga ayam
  • 2 tahun lalu
Susulan daripada pendedahan Astro AWANI berkaitan berlaku kenaikan harga ayam di Kedah, tujuh notis dikeluarkan kepada peniaga yang didapati menaikkan harga ayam dengan sengaja pada Sabtu.
Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid, tindakan tegas perlu diambil ke atas peniaga terbabit kerana setakat ini harga ayam masih belum ditetapkan harga siling.