PRU15 | Rakyat Tambun mahu pemimpin beri khidmat, bukan retorik
  • tahun lalu
Barisan Nasional yakin rakyat di Parlimen Tambun mahu pemimpin yang mampu memberi khidmat, bukannya hanya retorik semata-mata.

Parti itu yakin mampu merampas semula Parlimen itu dan dua Dewan Undangan Negeri Hulu Kinta dan Manjoi pada Pilihan Raya Umum ke-15, walaupun berdepan dengan dua nama besar, Pengerusi Perikatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Ketua UMNO Bahagian Tambun, Datuk Aminuddin Md Hanafiah berkata, walaupun tewas pada PRU14 lalu, mereka tidak lari, sebaliknya terus memberi khidmat, di sebalik kekurangan peruntukan.