PRU15 | ‘Selagi belum hantar borang, belum jadi calon’ – Aminuddin
  • 2 tahun lalu
Kepastian bahawa Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun yang diumum sebagai calon yang akan mewakili Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Port Dickson nampaknya seakan semakin cenderung menjadi kenyataan.

ADUN Sikamat itu hari ini secara terbuka membuat kenyataan bahawa beliau tidak menolak kemungkinan akan menyandang dua kerusi di negeri dipimpinya itu seandainya tersenarai secara rasmi sebagai calon mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam pengumuman yang akan dibuat pada 28 Oktober ini.