Pasca PRU15 | Anwar pulang ke Tambun selepas dilantik PM
  • tahun lalu
Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan pulang ke Tambun pada Jumaat, di kerusi Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Perdana Menteri, dijadualkan menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Istana Kinta pada jam 10 pagi dalam sesi yang turut dihadiri Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.