PRU15 | Tambun bukan pertembungan peribadi saya dengan Peja - Anwar
  • tahun lalu
Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu hasratnya untuk bertanding di Parlimen Tambun, dijadikan sebagai pertembungan peribadi dengan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Sebaliknya Anwar menegaskan strateginya untuk bertanding di Tambun untuk melonjakkan kekuatan Pakatan Harapan di Perak dan akhirnya untuk menawan Putrajaya.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, beliau mempunyai hubungan yang baik dengan bapa Menteri Belia dan Sukan itu, Allahyarham Datuk Azumu Tak dan bapa mentuanya, bekas Exco Perak, Datuk Mohammed Radzi Manan.