Mahkamah | Rasuah RM50, didenda RM3,000

  • 2 tahun lalu
Seorang lelaki warga Bangladesh didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen Ipoh selepas mengaku bersalah memberi rasuah RM50 kepada seorang sarjan polis, tahun lepas.

Tertuduh, seorang pekerja ladang, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam Bahasa Melayu di hadapan Hakim Ahmad Kamar Jamaludin.