Rasuah | Sogok polis, dua warga Myanmar didenda RM2,500

  • 2 tahun lalu
Dua penjual sayur warga Myanmar didenda RM2,500 seorang selepas mengaku bersalah memberi rasuah RM60 kepada seorang anggota polis tiga tahun lalu.
Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua tertuduh, Abdul Manaf Abu Khalaf dan Arif Dilda Amin, menjalani hukuman penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.