Mahkamah | Petani didenda RM3,000, mengaku rasuah polis

  • 2 tahun lalu
Seorang petani didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen Ipoh, pada Khamis selepas mengaku bersalah memberi rasuah kepada anggota polis supaya tidak mengambil tindakan ke atasnya yang ditahan atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol, April lalu.

Tertuduh, Fooh Poh Yaw, 37, membuat pengakuan itu selepas tuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Kantonis di hadapan Hakim Ahmad Kamar Jamaludin.