Penyanyi terkenal Aman Shah meninggal dunia
  • 2 tahun lalu
Penyanyi terkenal Aman Shah meninggal dunia

BERITA SEMASA 14 SEPTEMBER 2022

Penyanyi terkenal era 1980-an, Aman Shah Abu Kassim, 68 atau lebih dikenali dengan nama Aman Shah meninggal dunia akibat serangan jantung di Institut Jantung Negara (IJN).

Berita duka itu disahkan oleh penyanyi terkenal yang juga Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air, Datuk DJ Dave kepada sebuah portal sebentar tadi.

Aman Shah pernah menempah kemasyhuran menerusi lagu Kepulangan Yang Dinanti yang sering dimainkan setiap kali sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan lagu Adikku Pandai Menari.

Allahyarham juga pernah membintangi beberapa buah filem antaranya Darah Satria.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa