Ikon bola sepak Brazil, Pele meninggal dunia
  • tahun lalu
Ikon bola sepak Brazil, Pele meninggal dunia

BERITA SEMASA 30 DISEMBER 2022

Ikon bola sepak Brazil, Pele yang dianggap sebagai pemain terhebat sepanjang zaman dan pemenang Piala Dunia tiga kali meninggal dunia hari ini pada usia 82 tahun.

Hospital Albert Einstein di Brazil yang merawat Pele dalam satu kenyataan berkata, kematiannya selepas sekian lama bertarung dengan kanser disebabkan oleh kegagalan pelbagai organ.

Kesihatan Pele sebelum ini semakin merosot selepas dia bertarung dengan masalah buah pinggang serta kanser kolon dan menjalani pembedahan terakhir pada September 2021, diikuti dengan kemoterapi.

Artikel: https://go.sinarharian.com.my/3Q1pCep

Muzik: Artlist.co

#BeritaSemasa #SinarHarian