Legenda bola sepak Kelantan meninggal dunia
  • tahun lalu
BERITA SEMASA 30 NOVEMBER 2022

Legenda bola sepak Kelantan, Mohd Hashim Mustapha meninggal dunia pada jam 10.25 malam di ICU Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.

Beliau yang cukup sinonim dengan jersi nombor 10 itu meninggal dunia akibat komplikasi kencing manis.

Jenazah selamat dikebumikan pada jam 10.35 pagi di Tanah Perkuburan Islam Chapi, Kampung Baung Bayam, Kota Bharu, Kelantan pada Rabu.

Artikel: https://bit.ly/3B0k51t

#BeritaSemasa #SinarHarian