Kampung Iboi, Baling sekali lagi dilanda banjir bulan ini
  • 2 years ago
Banjir sekali lagi melanda Kampung Iboi dekat Baling semalam.

Ia merupakan banjir kali kedua selepas bencana yang meragut nyawa dan memusnahkan kediaman di daerah itu awal bulan ini.

Menurut beberapa video di media sosial, arus sungai mengalir deras di Sungai Kupang di kampung itu, selepas hujan lebat kira-kira jam empat petang semalam.