Nazri sindir Mahathir, orang tua tak boleh baling bom
  • 9 years ago
Mengulas kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad pada perhimpunan BERSIH 4 pada Sabtu dan Ahad lalu, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz, berkata selepas berusia 90 tahun, bekas perdana menteri itu menyedari bahawa himpunan jalanan adalah budaya baru.

Secara sinis katanya, Dr Mahathir melaksanakan hak demokrasinya dan beliau tidak ada masalah dengan perkara itu kerana tidak berfikir orang tua seumpama itu mampu merosakkan hartawa awam mahupun membaling bom.