Baling dilanda banjir kilat, wanita hamil antara tiga mangsa hilang

  • 2 years ago
Hujan lebat berterusan selama tiga jam petang semalam menyebabkan banjir kilat melanda beberapa kawasan di Baling, Kedah.

Sekurang-kurangnya 85 rumah penduduk mengalami kerosakan selepas berlaku limpahan air sungai di kawasan berdekatan.

Tiga sekeluarga termasuk seorang wanita hamil empat bulan dipercayai hilang selepas rumah mereka dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir yang melanda Kampung Iboi di Mukim Kupang.