Harga barang naik: Kerajaan difitnah pembangkang - PM

  • 2 years ago
Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata kerajaan menjadi mangsa fitnah pembangkang apabila didakwa tidak mengambil peduli soal kenaikan harga barangan yang membelenggu orang ramai ketika ini.

Mengulas mengenai demonstrasi yang diadakan Amanah di Masjid Jamek Kampung Baru di Kuala Lumpur pada Jumaat lalu, Perdana Menteri berkata, bantahan tersebut sebenarnya gagal kerana ia tidak mendapat sambutan.

Ismail turut menafikan dakwaan pembangkang bahawa kerajaan akan menghapuskan subsidi pada 1 Julai.

Sumber: https://www.facebook.com/JabatanPeneranganMalaysia/videos/1033196817309675