Pembangkang, kerajaan sepakat mahu desak PBB usir Israel

  • 4 years ago
Persidangan Kamar Khas Parlimen hari ini sebulat suara bersetuju dengan usul khas dibawa Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) mengenai isu Palestin, antara lain menggesa kerajaan bekerjasama dengan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mendesak agar Israel disingkirkan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Usul berkenaan dibawa ekoran pelan damai yang diusahakan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, kononnya untuk menyelesaikan konflik di antara Israel dan Palestin.