Kenaikan harga barang: Tak boleh salahkan kerajaan sahaja - Hadi
  • 2 years ago
Kerajaan tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya atas kenaikan kos sara hidup dan harga barang makanan sejak akhir-akhir ini, kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Bercakap kepada pemberita di Marang, Terengganu hari ini, katanya terdapat banyak sebab yang mempengaruhi kenaikan harga barang makanan yang bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi di seluruh dunia.

Sumber video: https://www.facebook.com/abdulhadiawang/videos/417477650266923