Penganjur gagal tunai janji SOP, jangan salahkan kerajaan - Hisham

  • 2 years ago
Kerajaan tidak seharusnya dipersalahkan kerana kurangnya prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 pada majlis sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia pada minggu lalu.

Sebaliknya kata Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Hussein berkata penganjur majlis itu yang gagal menunaikan janji mereka demi memastikan SOP dikawal.

Setiap kali orang ramai meminta kebenaran untuk menganjurkan majlis seperti ini, beliau berkata mereka akan berjanji untuk mematuhi semua SOP dan peraturan tetapi mereka sering gagal dari segi pemantauan dan penguatkuasaan.




Sumber video: https://www.youtube.com/watch?v=rPyx3k2Co-U