Anwar usul bincang kenaikan harga barang, kejatuhan nilai ringgit
  • 2 years ago
Ketua pembangkang, Anwar Ibrahim mengemukakan usul kepada Speaker Dewan Rakyat, Azhar Harun hari ini.

Ia bagi membincangkan permasalahan ekonomi yang melibatkan krisis kenaikan harga barang dan kejatuhan mata wang negara.

Menerusi satu hantaran di Facebook, katanya perkara itu perlu disegerakan kerana kedua-dua isu berkenaan telah memberi kesan kepada rakyat.