Hina Polis | Wanita didenda RM5,000

  • 2 tahun lalu
Wanita hina polis didenda RM5,000 Mahkamah Tinggi Alor Setar, hari ini mengetepikan hukuman penjara tiga bulan terhadap seorang wanita atas pertuduhan menghina polis di media sosial pada tahun lalu.

Hakim Datuk Ghazali Cha membuat keputusan itu selepas menerima rayuan pihak pembelaan dan turut mengurangkan denda RM10,000 kepada RM5,000 terhadap Nursahira Mohd Mizuar, 20 tahun.

Bagaimanapun tertuduh boleh dipenjara dua bulan jika gagal menjelaskan denda berkenaan.