Minta wang RM5,000 dan barang kemas, tiga polis ditangkap terlibat kes pemerasan
  • 3 years ago
Tiga anggota polis dari Pasukan Gerakan Am (PGA) ditahan kerana terlibat dengan kes pemerasan terhadap sepasang pasangan kekasih yang berada dalam kenderaan pada 20 Mei lalu.

Ketua Polis Johor, Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, siasatan mendapati pasangan itu telah diminta memberi wang sebanyak RM5,000, gelang dan cincin kepada anggota polis terbabit supaya tidak mengambil tindakan dirujuk ke Jabatan Agama Islam Negeri.

Sumber video: https://www.facebook.com/PolisJohor/videos/254152993153927