Jangan biar Pantai Kenangan tinggal kenangan
  • 2 tahun lalu
Desiran ombak yang menghempas pantai menyambut kedatangan pengunjung ke Pantai Kenangan di Bongawan, Sabah.

Keindahan panorama pantai yang terletak kira-kira 30 minit dari pekan Papar itu menjadikan ia destinasi pilihan penduduk setempat dan pelancong dari luar Sabah untuk menjalankan pelbagai aktiviti santai.