Kekalkan syarat MM2H, syarat baru hanya pada pemohon baru - Najib

  • 3 years ago
Bekas perdana menteri Najib Razak berkata bertukaran syarat yang lebih ketat kepada orang asing yang sudah berada di Malaysia dalam Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) boleh menyebabkan pergolakkan dalam sektor harta tanah pada ketika ini.

Katanya, kerajaan boleh menaikkan syarat baru itu kepada pemohon baru MM2H namun tidak terlalu ketat berbanding negara-negara lain yang turut menawarkan program yang sama.

Terdahulu, Kementerian Dalam Negeri mengumumkan syarat kelayakan MM2H yang baru iaitu pendapatan bulanan minimum peserta dinaikkan 400 peratus iaitu daripada RM10,000 kepada RM40,000. Deposit tetap minimum juga dinaikkan daripada RM150,000 kepada RM1 juta.

Recommended