'Kertas siasatan diserah pada AGC' - Ayob jawab isu kenduri durian
  • 3 years ago
Kertas siasatan berkaitan jamuan durian melibatkan timbalan speaker Dewan Rakyat Rashid Hasnon yang dikatakan melanggar standard operasi piawai (SOP) Covid-19 diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Ketua polis Johor, Ayob Khan Mydin Pitchay mengesahkan perkara itu dalam satu sidang media secara maya hari ini.

Terdahulu, video berdurasi 13 saat yang memaparkan Ahli Parlimen Batu Pahat itu baru-baru ini tular di media sosial kerana menghadiri satu kenduri durian di sebuah dusun di Batu Pahat.

Sumber video: https://www.facebook.com/157095220984667/videos/879136019340133