Isu kes rasuah JPJ P.Pinang, 70 kertas siasatan hampir siap

  • 5 years ago
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka 70 kertas siasatan kes rasuah melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Azam Baki berkata beberapa kes rasuah berkaitan JPJ Pulau Pinang dijangka dibawa ke mahkamah sebelum Hari Raya.

Azam berkata demikian semasa ditemui media di Akademi SPRM di Kuala Lumpur hari ini.