Boleh buka kertas siasatan pada ibu bapa bawa anak ke tempat sesak - Adham
  • 3 years ago
Pihak berkuasa boleh membuka kertas siasatan terhadap mana-mana ibu bapa yang ingkar kerana mendedahkan kanak-kanak berusia di bawah 18 tahun kepada Covid-19 dengan membawa mereka ke tempat berisiko termasuk kawasan sesak.

Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba, berkata kertas siasatan itu boleh dibuka atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Beliau berkata, sehingga kini kes Covid-19 membabitkan kanak-kanak ialah sebanyak 82,341 kes dengan kategori paling tinggi ialah mereka berusia 13 hingga 17 tahun iaitu 27,402.