Lejar UKSB: 'Kertas siasatan tiada 'maklumat mikro' yang diperlukan'
  • 2 years ago
Kertas siasatan membabitkan sistem Visa Luar Negara tidak mengandungi "maklumat mikro" yang diperlukan untuk mendakwa individu lain, selain Ahmad Zahid Hamidi, kata bekas peguam negara Tommy Thomas.

Menurut Thomas, “maklumat mikro” yang dimaksudkan adalah lejar rahsia Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB), yang mengandungi nama kod dan butiran dakwaan pembayaran sogokan oleh syarikat itu kepada beberapa ahli politik di antara 2014 dan 2018.