'Pihak kalah pemilihan Umno akan dicuri' - Najib ulas gesaan Khairy

  • 3 years ago
Pemilihan Umno sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 boleh membawa keretakan dan memecah-belahkan parti selain membolehkan calon yang kalah ‘dicuri’ oleh parti lain, kata Ketua Bahagian Umno Pekan Najib Razak.

Beliau mengulas soalan wartawan mengenai gesaan Anggota Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mahu pemilihan parti diadakan segera bagi menyelesaikan kemelut parti.

Sumber video: https://www.facebook.com/najibrazak/videos/229397692250593