'Tiada petunjuk PM hilang kepercayaan' - Takiyuddin ulas usul percaya, tidak percaya

  • 3 years ago
Kerajaan tidak akan mendahulukan usul tidak percaya mahupun usul percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam aturan urusan mesyuarat di Parlimen.

Menjawab soalan Hassan Abdul Karim (PH - Pasir Gudang) berkenaan bila usul-usul itu akan dibentang, dibahas dan diundi di Dewan Rakyat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan berkata, setakat ini tidak ada petunjuk yang menggambarkan Muhyiddin hilang kepercayaan.

Katanya, meskipun 25 usul tidak percaya dan dua usul percaya telah disenaraikan dalam aturan mesyuarat, ia masih tertakluk kepada peraturan mesyuarat yang menyatakan bahawa urusan kerajaan hendaklah didahulukan.